Pusat sukan Universiti Utara Malaysia
mula beroperasi semenjak penubuhanya pada 16 Februari 1984. Sejarah
penubuhan pusat sukan Universiti Utara Malaysia ini bermula dengan
tertubuhnya kampus sementara universiti yang terletak di Tanah Merah
Jitra Kedah. Pada masa itu, pusat sukan UUM hanya di kenali sebagai Unit
Sukan dan Rekreasi Universiti Utara Malaysia. Perkembangan pembangunan
yang dialami universiti pada tahun 1991 telah memindahkan pusat sukan
UUM dari Jitra ke bumi Sintok.
Perpindahan pusat sukan telah menjadi
titik tolak dalam pembangunan yang lebih baik sehingga sekarang. Di sini
operasi Pusat Sukan UUM berjalan dengan lebih matang lagi dengan adanya
kemudahan yang lengkap di kampus yang baru. Pelbagai kemudahan dari
aspek infrasuktur telah di bina dan ini telah menambah baik segala
kemudahan di pusat sukan.Mulai daripada tahun 2002 Unit Sukan dan
Rekreasi telah di iktiraf sebagai Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia.
Ini adalah selaras dengan perkembangan dan fungsi yang di jalankan oleh
Pusat Sukan pada masa kini. Pusat sukan uum di ketuai oleh pengarah
pusat sukan iaitu En Shafferi bin Rejab.
Kompleks pusat sukan UUM yang serba
lengkap meliputi kawasan seluas 74 ekar menyediakan hampir 28 jenis
aktiviti sukan dan rekreasi khusus kepada pelajar dan kakitangan serta
pengguna luar kampus yang ingin menggunakan kemudahan yang terdapat di
pusat sukan UUM.
Kemudahan pusat sukan UUM boleh
dibahagikan kepada dua sektor iaitu outdoor dan indoor.kemudahan sukan
indoor yang terdapat di pusat sukan UUM ialah seperti gelangang
squash,badminton,sepak takraw dan sebagainya adalah sebahagian daripada
kemudahan yang terdapat di pusat sukan dan segala kemudahan ini lengkap
dengan pelbagai bahan bantuan sukan untuk digunakan oleh pelajar.
Penyelenggaraan dn penjagaan alatan sukan dan gelanggang yang di buat
oleh staf pusat sukan UUM memberikan lebih kebaikan kepada jangka hayat
alatan sukan.
Kemudahan outdoor yang terdapat di pusat
sukan juga tidak kurang hebatnya. Hal ini kerana pusat sukan mempunyai
kemudahan outdoor yang sangat luas. Tersedianya 3 padang bola yang cntik
dan trek balapan yang baik telah menjadikan pusat sukan sebagai tumpuan
pelajar dan staf mengadkan perlawanan atau pertandingan. Selain padang
bola dan trek balapan, terdapat juga beberapa gelangang tenis,bola
tampat,bola baling dan bola jarring yang diselenggara dengan baik bagi
memberi layanan yang puas kepada pemain yang bermain di pusat sukan UUM.
Kemudahan dan kelengkapan infrasuktur
pusat sukan UUM memang tidak ada bezanya jika ingin dibandingkan dengan
kemudahan sukan di lain-lain tempat. Hal ini kerana, segala kemudahan
infrasuktur pusat sukan telah di bina berdasarkan ukuran dan spesifikasi
antarabangsa. Litar Go Kart misalnya yang menelan pembelanjaan RM2 juta
telah di iktiraf oleh badan permotoran Go Kart dunia dan litar
tersebut setanding dengan litar-litar lain yang bertaraf dunia.