Saturday, 30 November 2013

Sukan dan Rekreasi

UUM telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Golf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Kini proses menaik taraf Padang Golf UUM dari 9 lubang kepada 18 lubang dilakukan dan dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Terkini terdapat program baru yang ditawarkan oleh UUM kepada atlet sukan golf untuk kursus teori dan latihan di kampus UUM. Antara kemudahan yang disediakan ialah 'buggy track' dan 'halfway drinking hut'. Padang golf ini juga mempunyai 'driving range' berbumbung dan sebuah rumah kelab berserta 'coffee house.

GOLF

 




GO KART

Litar Go-Kart UUM merupakan yang pertama di dunia dibina dalam kampus. Uniknya, Litar Go-Kart UUM yang dibina melawan pusingan jam merupakan litar keempat dibina seumpama itu di dunia serta mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Automobil Malaysia. Semua pelajar boleh menyertainya dengan caj bayaran RM5 untuk 5 pusingan. Orang luar yang berminat juga boleh menyertainya dengan caj bayaran RM30 untuk 5 pusingan. 

Terletak bersebelahan Dewan MAS

Berkeluasan 5.67 ekar
litar sepanjang 1.2km dengan lebar semaksimum 13 meter dan minimum 8 meter.

PUSAT EKUIN

Pusat Ekuin UUM merupakan Prasarana Sukan UUM Bertaraf Dunia menjadi salah satu aktiviti Ko-Kurikulum yang baru di kampus ini. Pusat Ekuin UUM ditubuhkan pada tahun 2008 untuk aktiviti sukan berkuda. UUM telah menyediakan lapan ekor kuda bagi memberi peluang kepada pelajar dalam sukan berkuda ini. Dengan adanya prasarana yang disediakan, universiti dapat melahirkan pelajar yang aktif serta berkualiti selain berjaya dalam bidang akademik. Mahasiswa juga turut diberi peluang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang sukan ini sekaligus dapat memanfaatkan prasarana yang disediakan oleh pihak universiti.






Pelajar perlu mematuhi Peraturan dan Etika Pusat Ekuin bagi tujuan keselamatan:

    1. Pendaftaran diperlukan sebelum menunggang kuda.
    2. Gunakan gigi berkuda yang tepat.
    3. Perhatikan troubleshooting keselamatan dan disiplin setiap saat.
    4. Ikut arahan dari pelatih dan jurulatih.
    5. Patuhi jadual masa dan lebih awal 15 minit sebelum setiap sesi latihan.
    6. Tutup gerbang lapangan semasa masuk dan keluar.
    7. Jangan melepaskan kuda keluar.
    8. Dilarang merokok.
    9. Bantuan pot dalam pemeliharaan pusat.
   10. Menjadi pengguna yang selamat dan bertanggung jawab untuk menikmati sukan.

KOLAM RENANG

Selain itu, terdapat juga pelbagai prasarana lain seperti kolam renang bersaiz olimpik. Mahasiswa mahupun mahasiswi boleh datang ke kolam ini pada hari yang telah ditetapkan. Bagi pelajar wanita, kolam renang dibuka pada setiap hari Ahad manakala pelajar lelaki pula dibuka pada setiap hari rabu. Pelajar dikehendaki memakai pakaian renang bagi tujuan keselamatan.



kolam renang UUM



jadual waktu kolam renang beroperasi



LAPANG SASAR MEMANAH



Universiti Utara Malaysia juga menyediakan lapangan sasar memanah.
terletak berhampiran dengan pusat ko-kurikulum



Antara kemudahan sukan lain adalah stadium mini, menembak, gelanggang skuasy, ragby, hoki, bola sepak, bola jaring, bola keranjang, dan sepak takraw. Kemudahan juga disediakan di setiap penginapan pelajar. Selain itu, UUM menyediakan kemudahan rekreasi seperti trek basikal, trek joging, trek hutan, kenu, kawasan perkhemahan, menara abseiling dan ekuisterian.






Wednesday, 18 September 2013

Pengenalan Pusat Sukan UUM

Pusat sukan Universiti Utara Malaysia mula beroperasi semenjak penubuhanya pada 16 Februari 1984. Sejarah penubuhan pusat sukan Universiti Utara Malaysia ini bermula dengan tertubuhnya kampus sementara universiti yang terletak di Tanah Merah Jitra Kedah. Pada masa itu, pusat sukan UUM hanya di kenali sebagai Unit Sukan dan Rekreasi  Universiti Utara Malaysia. Perkembangan pembangunan yang dialami  universiti pada tahun 1991 telah memindahkan pusat sukan UUM dari Jitra ke bumi Sintok.


Perpindahan pusat sukan telah menjadi titik tolak dalam pembangunan yang lebih baik sehingga sekarang. Di sini operasi Pusat Sukan UUM berjalan dengan lebih matang lagi dengan adanya kemudahan yang lengkap di kampus yang baru. Pelbagai kemudahan dari aspek infrasuktur telah di bina dan ini telah menambah baik segala kemudahan di pusat sukan.Mulai daripada tahun 2002 Unit Sukan dan Rekreasi telah di iktiraf sebagai Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia. Ini adalah selaras dengan perkembangan dan fungsi yang di jalankan oleh Pusat Sukan pada masa kini. Pusat sukan uum di ketuai oleh pengarah pusat sukan iaitu En Shafferi bin Rejab.


Kompleks pusat sukan UUM yang serba lengkap meliputi kawasan seluas 74 ekar menyediakan hampir 28 jenis aktiviti sukan dan rekreasi khusus kepada pelajar dan kakitangan serta pengguna luar kampus yang ingin menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat sukan UUM.


Kemudahan pusat sukan UUM boleh dibahagikan kepada dua sektor iaitu outdoor dan indoor.kemudahan sukan indoor yang terdapat di pusat sukan UUM ialah seperti gelangang squash,badminton,sepak takraw dan sebagainya adalah sebahagian daripada kemudahan yang terdapat di pusat sukan dan segala kemudahan ini lengkap dengan pelbagai bahan bantuan sukan untuk digunakan oleh pelajar. Penyelenggaraan dn penjagaan alatan sukan dan gelanggang yang di buat oleh staf pusat sukan UUM memberikan lebih kebaikan kepada jangka hayat alatan sukan.


Kemudahan outdoor yang terdapat di pusat sukan juga tidak kurang hebatnya. Hal ini kerana pusat sukan mempunyai kemudahan outdoor yang sangat luas. Tersedianya 3 padang bola yang cntik dan trek balapan yang baik telah menjadikan pusat sukan sebagai tumpuan pelajar dan staf mengadkan perlawanan atau pertandingan. Selain padang bola dan trek balapan, terdapat juga beberapa gelangang tenis,bola tampat,bola baling dan bola jarring yang diselenggara dengan baik bagi memberi layanan yang puas kepada pemain yang bermain di pusat sukan UUM.


Kemudahan dan kelengkapan infrasuktur pusat sukan UUM memang tidak ada bezanya jika ingin dibandingkan dengan kemudahan sukan di lain-lain tempat. Hal ini kerana, segala kemudahan infrasuktur pusat sukan telah di bina berdasarkan ukuran dan spesifikasi antarabangsa. Litar Go Kart misalnya yang menelan pembelanjaan RM2 juta telah di iktiraf oleh badan permotoran Go Kart  dunia dan litar tersebut setanding dengan litar-litar lain yang bertaraf dunia.